Syeikh Saiyid Rasyid Redha. Siapa tidak mengenalinya? Memperkenalkannya samalah seperti menunjukkan sang mentari di tengahari. Seorang muslih abad ini. Yang dari tangannya diceduk pelbagai kebaikan oleh muslih-muslih lainnya hinggalah kehari ini. |
Beliau
asal sufi. Pengamal tarekat sufi. Mulanya Syazaliyah, kemudian
Naqsyabandiyah. Nama penuhnya Muhamad Rasyid bin Ali Ridha bin Syamsudin
bin Baha'uddin al-Husaini. Nasabnya sampai kepada ahlul bait
Rasululllah s.a.w. Lahir pada 27/5/1282 Hijrah di Selatan Tarablus,
Syam. Banyak pengalaman yang dilaluinya ketika bersama
tarekat-tarekat ini. Dirasakannya, terdapat banyak perkara bid'ah di
dalamnya yang menyalahi al-Quran dan al-Sunnah. Antaranya, beliau pernah
memperolehi ijazah kitab Dala'ilul Khairaat dari syeikh Syazalinya.
Lalu beliau mendapati di dalamnya terdapat banyak pendustaan ke atas
Rasulullah s.a.w. Lalu beliau meninggalkannya dan berpaling kepada
wirid-wirid yang sahih dan sabit dari Rasulullah s.a.w. Semasa di dalam Naqsyabandiah, beliau melakukan zikir harian Ismul Jalalah (Allah) sebanyak lima ribu kali. Dengan memejamkan mata, menahan pernafasan sekadar termampu dan melakukan rabitah antara hatinya dan hati gurunya. Kemudian setelah itu jelaslah kepadanya bahawa zikir begini adalah bid'ah. Malah boleh berlaku syirik khafi. Kerana apa yang Tauhid kehendaki ialah dalam setiap peribadatan seorang hamba, hatinya hendaklah ditawajjuhkan sepenuhnya kepada Allah Taala, bukan kepada guru. Setelah itu, beliau terkesan dengan pemikiran al-Afghani dan Muhamad Abduh. Dan akhirnya, beliau telah benar-benar terpengaruh dengan kitab-kitab Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab. Dan banyak pemikirannya tertuang di dalam majalahnya yang terkenal, majalah al-Manar. |
Tentang salafiyahnya Syeikh Rasyid Redha ini, jelas dapat dilihat melalui perkataan syeikh Yusof al-Qaradhawi yang
secara terang-terangan menyatakan bahawa beliau sendiri antara salah
seorang pengkagumnya. Di dalam Fatawa Mua'sharah vol 2: "Saya juga bersyukur kepada Allah terhadap mereka yang menaruh hormat dan penghargaan kepada orang2 yg memainkan peranan jelas dalam menghidupkan umat ini, memperbaharui agamanya, dan membangkitkan kesedaran mereka. Tentu saja, hal ini merupakan kelebihan yang baik yang wajib ditetapkan dan dipegang teguh, kerana saya melihat ramai orang -sangat disesalkan- yang tidak mempunyai keinginan kecuali menghancurkan dan meruntuhkan sesuatu yang tinggi dan |
memburuk-burukkan
pahlawan dan pembesar yang telah mewariskan peradaban. Maka tidak ada
daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Saya juga bersyukur kepada Allah atas prasangka baik saudara penyoal kepada saya, dan saya berharap bahawa saya layak menyandang apa yang sdra sebutkan, serta layak memberikan penjelasan tentang keadaan Syeikh Rasyid Redha. Semoga Allah memberi rahmat kepada beliau dan membalas kebaikan beliau terhadap agama dan umatnya. Saya tidak mengingkari bahawa saya termasuk salah seorang pengkagum Syeikh Rasyid Redha, dan saya menganggapnya sebagai salah seorang mujaddid Islam, sebagai salah seorang ulamak yg mendalam ilmunya, yang berfikiran merdeka, dan mujtahid dalam agama. Majalahnya, al-Manar, dan tafsirnya, alManar, berserta kitab2 dan fatwa2nya memiliki pengaruh yg tidak dapat disangkal oleh seorangpun dalam menyedarkan umat Islam dari kelalaiannya dan membebaskan mereka dari rantai taklid yang membelenggu leher mereka. Beliau juga berusaha keras untuk mengembalikan mereka kepada sumber2 agama yg jernih, iaitu kitab Allah dan sunnah nabiNya serta petunjuk dan bimbingan salaf yg saleh, genarasi terbaik...." Pengakuan al-Qaradhawi bahawa Syeikh Rasyid Redha sebagai pembawa panji-panji salaf, memerangi taqlid dan bid'ah ada di sebutkan di dalam kitabnya yang lain.(Ruj: Ummatina Baina Qarnain, hal: 105). Syeikh Rasyid Redha juga antara orang yang bertanggungjawab menyebarkan kitab-kitab karya Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab:
محمد رشيد رضا صاحب المنار، في مصر، وهو الذي ساهم في نشر كتب الشيخ
Di
samping itu, beliau juga adalah antara orang yang mempertahankannya dan
mengeji mereka yang mengeji dan menfitnahnya. � Antaranya ialah
tulisannya dalam mukadimah kitab Siyanatul Insan An Waswasatil Dahlan. Iaitu kitab yang menolak fitnah dan pembohongan Zaini Dahlan ke atas Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab:
يقول
الشيخ رشيد رضا - رحمه الله - في تقديمه لكتاب (صيانة الإنسان عن وسوسة
دحلان): "كنا نسمع في صغرنا أخبار الوهابية المستمدة من رسالة دحلان هذا
وأمثاله فنصدقها بالتبع لمشايخنا وآبائنا، ونصدق أن الدولة العثمانية هي
حامية الدين ولأجله حاربتهم وخضدت شوكتهم، وأنا لم أعلم بحقيقة هذه الطائفة
إلا بعد الهجرة إلى مصر والاطلاع على تاريخ الجبرتي، وتاريخ الاستقصاء في
أخبار المغرب الأقصى فعلمت منهما أنهم هم الذين كانوا على هداية الإسلام
دون مقاتليهم، وأكده الاجتماع بالمطلعين على التاريخ من أهلها، ولا سيما
تواريخ الإفرنج الذين بحثوا عن حقيقة الأمر فعلموها وصرحوا أن هؤلاء الناس
أرادوا تجديد الإسلام وإعادته إلى ما كان عليه في الصدر الأول، وإذا تجدد
مجده وعادت إليه قوته وحضارته، وأن الدولة العثمانية ما حاربتهم إلا خوفاً
من تجديد ملك العرب وإعادة الخلافة الإسلامية سيرتها الأولى..." إلى أن
قال: "ثم اطلعت على أكثر كتب الشيخ محمد بن عبد الوهاب ورسائله وفتاويه،
وكتب أولاده وأحفاده، ورسائلهم ورسائل غيرهم من علماء نجد في عهد هذه
النهضة التجديدية فرأيت أنه لم يصل إليهم اعتراض ولاطعن فيهم إلا وأجابوا
عنه، فما كان كذبا عليهم قالوا: سبحانك هذا بهتان عظيم، وماكان صحيحاً أو
له أصل بينوا حقيقته وردوا عليه.
|
وقد
طبعت كتبهم، وعرف الألوف من الناس أصل تلك المفتريات عنهم، ومن المستبعد
جداً أن يكون الشيخ أحمد دحلان لم يطلع على شيء من تلك الكتب والرسائل، وهو
في مركزه بمكة المكرمة على مقربة منهم فإن كان قد اطلع عليها ثم أصر على
ما عزاه إليهم من الكذب والبهتان ـ لاسيما ما نفوه صريحاً وتبرؤوا منه ـ
فأي قيمة لنقله ولدينه ولأمانته، وهل هو إلا ممن باعوا دينهم بدنياهم...
وإذا فرضنا أن الشيخ أحمد دحلان لم ير شيئاً من تلك الكتب والرسائل، ولم
يسمع بخبر عن تلك المناظرات والدلائل، وأن كل ما كتبه في رسالته قد سمعه من
الناس وصدقه أفلم يكن من الواجب عليه أن يتثبت فيه ويبحث ويسأل عن كتب
الشيخ محمد بن عبد الوهاب ورسائله ويجعل رده عليها... إن علماء السنة في
الهند واليمن قد بلغهم كل ما قيل في هذا الرجل فبحثوا وتثبتوا وتبينوا كما
أمر الله - تعالى - فظهر لهم أن الطاعنين فيه مفترون لا أمانة لهم، وأثنى
عليه فحولهم في عصره وبعد عصره وعدّوه من أئمة المصلحين المجددين للإسلام،
ومن فقهاء أهل الحديث كما نراه في كتبهم ولا تسع هذه المقدمة لنقل شيء من
ذلك" ا.هـ
Begitula
kandungan dalam kitab beliau dalam menjelaskan kepada umat
islam..ketika beliau kecil, beliau selalu mendengar tentang keburukan
Muhamad Bin Abdul Wahab dari orang ramai, tetapi apabila beliau
berhijrah ke Mesir, mempelajari ilmu, barulah beliau memahami konsep
yang dibawa oleh Syeikh Muhamad wahab sehinggalah beliau diantara ulama
yang bertanggungjawab dalam menyebarkan kitab karangan Syeikh Muhamad
Alwahab...Segala fitnah keatas beliau dijawab semuanya di dalam
kitabnya..yang akhirnya pandangan ulama yang paling dekat dengan
pandangannya adalah pandangan Imam Ibnu Taimiyah dan Muhamad Bin Abdul
Wahab...wallahu alam..
|
Tidak ada komentar:
Posting Komentar